SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 26 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 1/9)

Pada bulan Ogos 2008 saya telah diberi penghormatan oleh majalah KONSEP terbitan Meli Infomedia untuk ditemuramah bagi dimuatkan dalam ruangan Personaliti. Suntingan temuramah ini telah pun dimuatkan dalam majalah tersebut keluaran Oktober 2008. Blog ini akan mendedahkan temuramah penuh antara Dr. Ariffaizal dengan editor KONSEP secara berperingkat-peringkat yang dipecahkan kepada sembilan bahagian soalan supaya lebih fokus.

Majalah KONSEP Bil.12 (6) Keluaran Oktober 2008

SOALAN PERTAMA: Boleh Dr. ceritakan serba sedikit tentang CVT yang diasaskan oleh Prof. Em. Dr. Sir Norhisham Wahab?

Rawatan alternatif Colour Vibration Therapy (CVT) yang diasaskan oleh Prof. Em. Dr. Sir Norhisham berkonsepkan getaran tenaga cahaya, warna dan bunyi. Rawatan yang berkonsep seumpama ini telah lama wujud dan dimajukan di barat terutamanya di Jerman. Di Malaysia, rawatan ini telah pertama kali diperkenalkan oleh Prof. Em. Dr. Sir Norhisham yang dipopularkan dengan nama Colour Vibration Therapy.

Sejak pertama kali diperkenalkan secara rasminya pada tahun 1999, ia terus berkembang sehingga menjadi salah sebuah rawatan altenatif yang mula menjadi buah mulut masyarakat Malaysia pada hari ini.

Penganugerahan Fakulti

Bangunan HQ CVT yang juga menempatkan pejabat Fakulti Sains Universal

Sebaik sahaja rawatan CVT ini mula berkembang, maka telah lahir pula beberapa rawatan yang berkonsepkan seperti CVT dengan nama yang berbeza. Namun begitu, sebagai orang yang pertama memperkenalkan CVT di Malaysia, rawatan yang diterajui oleh Prof. Em. Dr. Sir Norhisham terus mendapat pengiktirafan oleh badan-badan kerajaan dan institusi luar negara. Salah sebuah universiti terbuka yang ditubuhkan khas untuk pengajian rawatan alternatif di Sri Langka (Open International University for Complementary Medicines, Sri Langka) telah mengurniakan CVT yang diasaskan oleh beliau sebuah fakulti yang dinamakan Falkulti Sains Warna Universal (Faculty of Universal Science of Colours). Fakulti yang dikurniakan pada tahun 2002 ini berpejabat dan berpusat di Shah Alam.

Sungguh membanggakan negara kerana ini adalah satu-satunya fakulti yang ditubuhkan di luar Sri Langka iaitu negara tuan rumah universiti tersebut. Dengan tertubuhnya fakulti ini, maka mana-mana rawatan alternatif sama ada dari Malaysia atau luar negara yang berkonsepkan getaran cahaya, warna dan bunyi yang ingin mendapatkan persijilan daripada universiti tersebut perlu melalui fakulti ini. Falkulti ini telah malahirkan graduan sulungnya pada majlis konvokasyen yang diadakan pada tahun 2004 di Shah Alam. Lebih membanggakan, serentak dengan majlis ini, sebagai salah satu istiadat atau kemahsyuran program, turut diadakan Pesidangan Perubatan Alternatif Sedunia (World Conference for Complimentary Medicine) iaitu persidangan yang menghimpunkan ribuan ahli sains dan pengamal perubatan alternatif dari seluruh dunia.

Arena Antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, Persidangan Perubatan Alternatif Sedunia sebenarnya diadakan setiap tahun serentak dengan majlis konvokesyen fakulti. Konsep rawatan CVT telah terpilih dan diberi penghormatan untuk dibentangkan kepada ahli-ahli sains dan pakar-pakar rawatan alternatif seluruh dunia semasa persidangan tersebut. Bermula dari situ lah konsep CVT telah diterima secara ilmiah di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2001, Prof. Em. Dr. Sir Norhisham telah dianugerahkan dengan gelaran Professor.

Persidangan Antarabangsa Menghimpunkan Saintis Rawatan Altenatif Seluruh Dunia

Semasa majlis konvokasyen yang pertama, falulti CVT ini telah dianugerahkan sebagai penganjur terbaik. Falkulti ini juga telah mendapat pujian daripada pihak universiti kerana merupakan fakulti yang paling berjaya melahirkan graduan dan penerima ijazah kedoktoran dalam jumlah yang terbanyak berbanding dengan fakulti-fakulti yang lain yang telah ditubuhkan sebelum fakulti ini. Sebenarnya ini menunjukkan rawatan yang berkonsepkan getaran cahaya, warna dan bunyi adalah merupakan rawatan yang diterima dan diminati oleh sejumlah besar masyarakat dan pengamal-pengamal perubatan alternatif dari seluruh dunia.

Institud Bioteknologi Melaka

Institut Bioteknologi Melaka, Kementerian Pertanian Malaysia

Bukan sekadar itu sahaja, Kementerian Pertanian Malaysia melalui agensinya Institut Bioteknologi yang perpusat di Taman Teknologi Melaka telah menjustifikasikan CVT sebagai sebuah rawatan alternatif yang diiktiraf oleh kementerian tersebut.

National Occupational Skill Standards

Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan telah mewujudkan Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standards atau NOSS) untuk rawatan CVT. NOSS ialah satu-satunya cara paling kemas dan seragam untuk pihak kementerian menjustifikasikan sesuatu bidang profesyen.

Penyenaraian Utama Rawatan Komplimentari

Pejabat Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari telah mengenalpasti dan menyenaraikan 52 jenis rawatan alternatif yang menggunakan konsep rawatan yang berbeza. CVT telah diletakkan di tempat pertama di dalam senarai tersebut. Penyenaraian pada tempat pertama ini disebabkan oleh CVT telah terlebih dahulu mempunyai sebuah fakulti khas yang telah menyusun sukatan pelajaran yang lengkap dan bersistematik serta telah melahirkan pengamal perubatan di peringkat Ijazah Kedoktoran. Sukatan pelajaran fakulti ini lah merupakan bahan penting untuk kementerian ini mengenal dan memantau rawatan CVT.

Mengungguli Rawatan Alternatif

Pencapaian ini menjadikan CVT yang diasaskan oleh Prof. Em. Dr. Sir Norhisham mengungguli rawatan alternatif di negara ini. Sehingga kini, pelbagai usaha masih giat dijalankan untuk mengenengahkan rawatan CVT yang selama ini telah banyak menyumbang membantu mereka yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan terutama yang kronik, kritikal atau yang sukar dirawat melalui kaedah rawatan biasa di hospital.

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)