SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 3 Oktober 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 6/9)

Tubuh badan mulai dari unit-unit organ sehingga unit terkecil iaitu sel semuanya hidup, menjalankan kerja dan fungsinya tersendiri. Fungsi yang hidup ini disebabkan tenaganya dikawal oleh nukleus sel yang terkandung di dalamnya maklumat DNA seseorang. DNA ini juga mempunyi tugas yang telah diaturkan. Gabungan tisu-tisu sel akan membentuk organ. Sebuah organ yang sempurna akan mempunyai sesuatu karektor.

Kenyataan ini merupakan titik tolak kepada berkembangnya falsafah ilmu dan amalan Rawatan Alternatif. Ikuti temuramah penuh antaran Dr. Ariffaizal bersama editor majalah KONSEP keluran Oktober 2008.

SOALAN KEENAM: Boleh Dr. kaitkan faktor fizikal, mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan? Boleh Dr. terangkan tentang hal ini?

Keseluruhan tubuh badan kita mempunyai beberapa organ yang mempunyi pengaruh karektor yang berbeza. Keadaan karektor kita sebenarnya adalah bergantung kepada keadaan organ. Apabila lemah organ tersebut, maka karektor negatif berkaitan dengan organ tersebut akan terzahir oleh perbuatan seseorang.

Menurut ilmu yang disusun oleh kaedah rawatan Colour Vibration Therpy, terdapat lebih daripada 20 organ yang berada pada tubuh badan. Daripada jumlah tersebut, ia terbahagi kepada empat kumpulan yang mempengaruhi personaliti seseorang.

Organ-organ yang terdapat di bahagian kepala kesemuanya cenderung kepada kederiaan dan pengesanan. Oleh itu di bahagian kepala ialah zon spiritual. Organ-organ yang terdapat di dada seperti jantung dan paru-paru cenderung kepada perasaan dan kejiwaan. Oleh itu di bahagian dada ialah zon emosi. Organ-organ penghadaman cenderung kepada keupayaan pemikiran. Oleh itu di bahagian perut ialah zon mental. Organ-organ di bahagian bawah seperti alat kelamin, usus, otot dan tulang ialah cenderung kepada pergerakan. Oleh itu, di bahagian bawah ialah zon fizikal.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan lemah satu daripada injap jantungnya supaya jantungnya dapat terus berdenyut secara berterusan. Kerana itu darah akan mengalir ke sesuatu kawasan tertentu melebihi daripada kawasan yang lain. Ini menjadikan organ-organ yang menerima cukup darah akan berfungsi dengan lebih optimum. Perkara yang unik ialah organ-organ yang berfungsi dengan optimum ini lebih tertumpu kepada sesuatu zon personaliti. Bagi mereka optimum organ-organ di bahagian kepala ialah orang yang berpesonaliti spiritual. Begitu juga seterusnya ada personaliti emosi, mental dan fizikal.

Apabila seseorang itu dilahirkan sahaja, dia telah memiliki sesuatu personaliti yang akan menjadi kecenderungan minat terhadap sesuatu perkara dalam kehidupannya.

Keseluruhan organ pada tubuh badan akan menjalankan fungsinya dengan penuh harmoni dan bertenaga apabila seseorang itu hening, sabar, ikhlas dan redho. Sikap hening perlu bagi mereka yang berpesonaliti spiritual, sabar perlu bagi mereka yang berpersonaliti emosi, ikhlas untuk mental dan redho untuk fizikal. Sila klik di sini untuk memahai Falsafah Punca Penyakit


Misalannya bagi mereka pada level mental yang lemah organ pankreasnya. Pankreas ialah organ yang menjaga karektor “keperihatinan”. Maksudnya fungsi pankreas selain daripada tujuan biologi, ia juga menjaga keupayaan berfikir mengenai hal orang lain. Mereka yang ikhlas akan menjadikan pankreasnya mengambil berat dan perihatin terhadap seseorang. Tetapi mereka yang tidak ikhlas akan menyebabkan pankreas mudah rasa cemburu, iri hati, hasad, dengki dan sebagainya. Oleh itu, apabila seseorang itu tidak ikhlas hingga menyebabkan pankreasnya berfikiran negatif, maka fungsi biologinya tidak dapat dijalankan. Bermaksud apabila penkreasnya cemburu atau iri hati, maka insulin tidak dapat dirembeskan daripada isled of lingerhans. Akibatnya kadar gula dalam darah akan meningkat. Jika keadaan berterusan berbulan-bulan, maka ia akan menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) akan berlaku.

Insulin dihasilkan secara harmoni

Teori dan kajian rawatan alternatif berjaya menjelaskan kebuntuan seterusnya memberikan jawapan kepada persolan mengenai mengapa islat of langerhans melalui sel beta gagal menghasilkan insulin. Dari sini punca kepada masalah diabetis serta kaedah merawatnya dengan berkesan diketahui.

Ini cuma satu contoh daripada satu organ yang terdapat pada tubuh badan. Kesimpulannya, kita hendaklah berfikiran positif walaupun di dalam hati, kita tetap perlu hening, sabar, ikhlas dan redho. Mereka yang marah dan kecewa di dalam hati menunjukkan tidak sabar. Mereka yang mengumpat atau cerewet di dalam hati menunjukkan diri tidak ikhlas. Mereka yang riak, sombong dan takbur telah melemahkan organ-organ di bahagian spiritual. Mereka yang merungut di dalam hati menunjukkan tidak redho. Kesan daripada pemikiran yang negatif sahaja sudah cukup mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan, apa tah lagi jika melakukan perkara negatif dari segi percakapan, perbuatan atau sebagainya.

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)